Saturday, 5 November 2016

Tamu Bistari : Homestay berhampiran UTP dan UiTM Perak Seri Iskandar ( Bang Matt 013-533 7500)



Master Bedroom: Ada toilet, aircond dan cabinet. 

Inginkan Homestay yang selesa, bersih dengan harga yang berpatutan di Seri Iskandar? Tamu Bistari Homestay mungkin memenuhi ciri rumah penginapan yang anda cari semasa menginap di Seri Iskandar. Tambahan pula lokasinya yang terletak bersebelahan dengan pagar Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar!!! Dengan Universiti Teknologi Petronas pun tak jauh. Untuk mencari tempat makan, jangan bimbang, kedai mamak, tomyam, McD, Subway, KFC, Dominos, Pizza Hut semuanya dekat aja. kalau perlu membeli belah, TESCO dan Billion pun ada. Kedai serbanika 7E pun ada kat depan taman ni.

Terletak di Taman Iskandar Bistari yang ekslusif di Seri Iskandar dan rumah jenis Semi-D ini berada di kejiranan yg selamat dengan kawasan taman yg berpagar, kawalan kad akses dan jiran yang mesra.

Antara ciri Tamu Bistari Homestay adalah:

# 3 bilik tidur dilengkapi dengan penyaman udara.
# 3 bilik mandi dan toilet
# TV HD dengan siaran Njoi
# BAHARU!!!! Ada unifi. High speed wifi dah sekarang...
# Built-in-cabinet di setiap bilik tidur
# Kitchen yang luas, cantik dan kemas
# Sofa di ruang tamu
# Meja makan yang selesa
# Peti Sejuk
# Cerek elektrik
# Mesin basuh
# Dapur memasak (upon request)
# Iron & iron board
# Hanya RM200 semalam

Hubungi
Bang Matt  : 013-5337500
Kak Engku : 010-9337500 
untuk tempahan atau memerlukan maklumat lanjut. Sebaiknya WhatsApp dahulu tarikh dan tempoh cadangan menginap untuk semakan segera.

Pandangan hadapan : Rumah Semi-D yang selesa untuk seisi keluarga


 Ruang Dapur: Kalau nak masak, kasi tau tuan rumah. bisa diaturr!!



Ruang menonton: TV HD dengan saluran ASTRO..baru best


Bedroom 2: Mungkin sicomel anda sukakan bilik ni. Dilengkapi air-cond dan bilik air sendiri


Bedroom 3: Selesa sungguh dengan air-cond dan built-in cabinet. boleh simpan baju.


Landscape Taman : Heliconia dan bunga akar dani yang harum semerbak

Lanai: Boleh jer nak BBQ. Tapi kena jemput jiran sekali. hehehe

Ruang tamu: Istirehat yang sempurna, buka pintu depan dan sliding door kalau mahu udara segar


Ruang menonton : Sports channel tak ada la. Tak apa. kedai mamak kat depan sana dekat jer. hehehe...

Dining Area: Meja makan yang selesa untuk semua dilengkapi karya seni yang menarik

PERIHAL SERI ISKANDAR DARI PERSPEKTIF TEMAN UNTUK PANDUAN PENGUNJUNG LUAR

KAT MANA DI SERI ISKANDAR??

Hahaha.....bukan apa, saya takut nanti Mr waze  bawak pergi melancong ke Johor aja. Yang tu bukan Seri Iskandar yang tu..Iskandar Malaysia yang terletak nun di selatan tanah air. Biasa yang nak datang ke Seri Iskandar ni kebanyakannya atas sebab nak hantar anak lah. sebab di Seri Iskandar ni banyak sekali pusat-pusat pengajian termasuk 2 universiti utama iaitu UiTM Cawangan Perak dan lagi satu UTP.

Kalau dari selatan jalan yang paling pantas biasanya orang akan keluar do tol Gopeng kemudian menuju ke Batu Gajah terus ke Tronoh melalui Ipoh-Lumut highway lihat penunjuk arah menghala ke Lumut dan akan tibalah di Sei Iskandar. Jaraknya dalam 40 KM @ 40 minit memandu.

Kalau dari sebelah utara boleh exit kuala kangsar menghala ke Manong atau melalui Sayong. Kedua-dua jalan akhirnya akan menyatu di pekan Parit sebelum sampai ke Seri Iskandar. Kalau nak lebih mudah, exit sahaja di Tol Jelapang dan lihat penunjuk arah menghala ke Lumut. Jarak dan masanya dalam 40KM atau 40 minit masa memandu.

Kiranya kalau dah sampai jambatan Bota yang merentasi sungai Perak tu kira dah terlajak lah. So kalau 'pilot' tak perasan. co-pilot kena ambil peranan lah.... 

Jadi kalau orang tanya lagi kat mana Seri Iskandar ni ringkasnya kalau tengok google map tu, lokasinya dikelilingi pekan-pekan lama seperti Tronoh, Parit dan Bota. 

Nak ke pekan Sitiawan/Manjung/Lumut pun tak jauh sangat. dalam 40 minit aja. mana tau nak beli ikan bilis mata biru pangkor yang terkenal tu. boleh lah buat ole-ole kat rakan pejabat atau jiran tetangga dan saudara-mara. 

APA YANG MENARIK DI SERI ISKANDAR??

Jenuh beb teman nak menjawab. Sebab kita tak tau expectation orang. ada sesetengah orang suka cari makan-makan. ada yang suka shopping ada pulak suka cuci mata dan macam-macam lagi. Jadi terpulang kepada minat masing-masing lah mana satu kecenderungan anda. Kalau suka shopping kat sini adalah pusat jualan kain, karpet, kelengkapan majlis kahwin ala-ala seremban 3 tu di Seri Iskandar Business Centre (SIBC) tu. Ramai warga Pakistan yang jadi peniaga. nak rekomen teman tak pandai kerana tak reti banding harga. tapi kalau pandai tawar menawar, kata saudara yang datang membeli belah kat situ katanya harga boleh tahan jugaklah murahnya.

Kalau penggemar makanan laut, kenalah jugak ke lumut/siatiawan/manjung seperti yang sebut diatas. boleh beli sotong kering, ikan talam masin, udang kering, ikan bilis dan lain-lain. kalau makanan ringan tu teman rasa depa repack produk yang import dari siam aja. Tapi boleh lah nak beli buat syarat. tak kan dah berjalan jauh tak beli buah tangan kan?? Kalau setakat kerepek, boleh aja singgah ke pasar kerepek terbesar - Rasnor kerepek. macam-macam ada.

Penggemar udang galah boleh saja mencuba makan eksotik ini di Tanjung Tualang yang hanya mengambil masa 20 minit memandu dari seri iskandar lebih banyak pilihan kalau ke Telok Intan, tapi barang diingat, poket kena tebal ler..hehehehe. Mahal weh!!!

Tempat makan kat Seri Iskandar ni pun banyak. Macam cendawan tymbuh lepas hujan. Nak yang macam mana. cakap je. Pak teh Ikan Bakar restoren makanan melayu, Restoran makanan Thai ( Nik Tomyam depan Tesco pun sedap) banyak, restoren mamak pun banyak, McD, KFC, Subway western food, nasi arab. tak perlu pergi jauh lah, di seri iskandar ni pun banyak.

Kalau musim durian pulak, di sekitar Bota Parit dan Kg Gajah ni lah syorgaa penggemar durian. Durian kampung yang pelbagai rasa dan cukup istimewa. Maniss...lemak....berkrimmm....pahit-pahit sikit dan ber gasss.....memang best. Harga pada teman consider murah gak la berbanding Key Ell tu kalau kena musimnya.

Peminat sejarah boleh saja menyelusuri sungai Perak dari Kuala Kangsar (50 minit memandu) ke Kg Gajah (20 Minit memandu). Lihat lah warisan tinggalan pendekar dulu-dulu, Dato Sagor dan lain-lain di Pasir Salak. Tempat JWW Birch dibunuh dan lain-lain. Menyelusuri jalan Parit ke Bota sambil didendang lagu Pak Uda Wan Lebo dan dihidangkan pemandangan rumah-rumah kayu lama di kiri kanan jalan, memang cukup mengasyikkan. Sudah tak banyak Kg Tradisional yang masih mempunyai rumah-rumah seperti ini di tempat lain. Rumah Tradisional Perak yang kebanyakannya terdapat di sepanjang sungai perak dikenali sebagai Rumah Kutai.


SEJARAH SERI ISKANDAR


Nama Seri Iskandar adalah bersempena nama Paduka Seri Sultan Perak yang ke 30, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah yan memerintah negeri Perak dari 18 Disember 1918 hingga 14 Ogos 1938. Nama baginda diabadikan kepada bandar baharu yang pesat berkembang di ngerei perak ini.

Pada asalnya kawasan penempatan tertumpu di Tronoh, pekan lama perlombongan, Kg Bali, Bota dan Parit penempatan tradisional. kawasan tanah lombong yang terletak ditengah-tengah diantara kawasan yang disebutkan tadi kosong dan tiada pembangunan. apatah lagi kegiatan melombong semakin hari semakin ditingalkan. Kerajaan negeri menganugerahkan sebidang tanah tinggalan lombong bijih timah ini kepada USM untuk dibangunkan sebagai sebuah kampus kejuruteraan. Dengan adanya kampus USM di sini sedikit sebanyak telah merubah kawasan ini dan sekitarnya menjadi penempatan baharu yang membuka peluang pekerjaan dan ekonomi kepada penduduk sekitar.

Apabila UiTM mula membuka kampus cawangannya pada tahun 1997, pembangunan kawasan seri iskandar menjadi sangat pesat. dengan bilangan pelajar yang ramai, kakitangan, vendor penyedia perkhidmatan dan lain-lain telah menjadi katalis yang paling penting terhadap pertumbuhan seri iskandar.

Mulai dari itu, pembangunan hartanah kediaman dan komersil melonjak naik. Kehadiran UTP yang mengambil alih kampus USM telah merubah wajah bukan sahaja kawasan didalam kampus tetapi kawasan persekitaran yang menjadi begitu dinamik, moden dan kempetatif. 

Pusat pentadbiran Perak Tengah yang sebelumnya berpusat di Pekan Parit (yang nama asalnya Chempaka Sari) telah beransur-ansur berpindah ke Seri Iskandar. Pemaju utama di Seri Iskandar iaitu Huayang Berhad, MRCB group dengan kerjasama kerajaan Negeri Perak juga Sitiawan Development telah membina ribuan rumah-rumah baharu diatas permintaan yang melonjak naik. Begitu juga dengan pusat komersil dan lot-lot perniagaan. 

Hari ini Seri Iskandar menjadi sebuah Bandar Ilmu yang begitu lengkap sekali. Sebuah Hospital baharu akan dibina menjelang tahun 2018 bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan kawasan sekitar. Sebuah lapangan terbang baharu menggantikan lapangan terbang lama di Ipoh bagi membolehkan kapal terbang yang lebih besar dan kapasiti lebih tinggi dirancang untuk dibina di lokasi yang paling strategik dan bakal memberi impak kepada pelbagai sektor ekonomi di Negeri Perak ini. Ini menjadikan Seri Iskandar.

LOGHAT PERAK


Jangan bimbang, orang Bota, Parit, Kg Gajah, Lambor dan lain-lain sangat baik, mesra dan meraikan tetamu serta orang luar. Setiap daerah di negeri perak mempunyai loghat yang berbeza sedikit sebanyak. Kalau disebelah utara perak seperti Taiping, Batu Kurau, Krian dll loghatnya hampir sama dengan orang pulau pinang dan kedah. kalau di sebelag Grik dan Pengkalan Hulu ada elemen siam/kelantan serta kedah. Kalau disebelah selatan seperti Mu'alim, Bagan Datuk hampir sama pertuturan seperti orang Sabak Bernam di Selangor. 


Yang paling istimewa sudah pasti lah loghat Parit/Bota. Manakan tidak, dalam satu babak filem arahan Tan Sri P Ramlee - Bujang Lapok, sering menjadi ikutan. Lagu Deghoyan dah berbunga, nyanyian Os juga menggunakan loghat Parit/Bota. Belum lagi babak-babak dalam drama Melayu contohnya watak yang dibawa oleh Kaza bertutur loghat Parit/Bota dengan baik sekali.

"Awak" merujuk kepada diri sendiri ya, bukan anda. Jadi jangan salah faham. hehehe. selain dari itu, 'teman' 'kema' jugamerujuk kepada diri sendiri ya.

Kamu, miker baru lah merujuk kepada anda.

Kalau nak tahu lebih kena lah tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat lebih lama lagi.




4 comments:

  1. homestay ni memang best...terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sri Serai. Untuk keselesaan tamu jauh bermusafir ke Seri Iskandar. Kita lengkapkan dengan kemudahan homestay aircond dan wifi.

      Delete
  2. homestay yang selesa. Moh singgah...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Cookie Mobster, kami cuba yang terbaik untuk sediakan penginapan selesa dan lengkap untuk pengunjung seri iskandar bota dan perak tengah

    ReplyDelete

Featured post

Tamu Bistari : Homestay berhampiran UTP dan UiTM Perak Seri Iskandar ( Bang Matt 013-533 7500)

Master Bedroom: Ada toilet, aircond dan cabinet.  Inginkan Homestay yang selesa, bersih dengan harga yang berpatutan di Seri Iska...