Atas inisiatif Kakigunung Seri Iskandar, Persatuan Rekreasi UiTM Cawangan Perak, Pelajar UiTM dan masyarakat setempat Seri Iskandar dan kawasan sekitarnya, aktiviti mendaki Gunung Tahan dicetuskan oleh En Asrul Hasin telah dirancang dengan rapi dan teliti. Mengambil kira resiko dan pelbagai kemungkinan yang mungkin terjadi sepanjang ekspedisi ini nanti.
Saya berasa was-was terutamanya terhadap kemampuan fizikal diri sendiri untuk turut serta dalam ekspidisi ini. Maklum sahaja dalam usia 44 tahun ini sudah tidak segagah mana untuk mengharungi perjalanan mendaki sejauh 64 km pergi balik dengan membawa beban hampir 20kg. Tambahan pula berat badan saya 105kg! Bukan apa, saya tak mahu menyusahkan orang lain nanti. 4 hari 3 malam tu...bukan sekejap-sekejap. Kalau tak jadi kena maklumkan awal kepada pihak penganjur.
Selepas berhari-hari saya fikir dan bincang dengan isteri berkenaan dengan hasrat saya itu, saya nekad dan bulatkan tekad untuk mencabar diri. Masukkan nama dalam senarai di group Whatsapp. Confirmlah saya ikut serta. Alah...En Wan Ghafar dan En Zam dah umur 60 lebih kot. ok je...kata Asrul.
Dah confirm nak ikut serta, kenalah buat persiapan sikit dari segi fizikal dan mental. Petang-petang pusing tasik UTP 4-5 round, hujung minggu panjat Bukit 300 dan Bukit Engku Busu di Lumut supaya fizikal biasa dengan persekitaran mendaki dan physical endurance. Saya juga naik gunung Baling di Kedah dan Gunung Berincang dan Gunung Siku di Cameron Highland sebagai persediaan. Kasi mantap sikit, walaupun tak sebanding pun sebenarnya. Apa pun training 2-3 bulan sebelum pergi memang berguna dan sangat penting bagi newbie seperti saya.
Walaupun dah buat sikit persediaan, perasaan cuak tetap apa. Hampir tiap2 malam seminggu sebelum pergi saya review pengalaman orang lain mendaki gunung tahan dan juga track dan path Merapoh - G. Tahan - Merapoh yang bakal kami ambil nanti. Mungkin boleh dapat sikit gambaran tentang jarak perjalanan antara check point, masa diambil dan tahap kesukaran serta tips2 orang yang dah sampai terlebih dahulu. Haaa...cukup lah tu...
Day 1 (Seri Iskandar - Merapoh)
6.00pm - Bertolak dari UiTM Seri Iskandar dengan bas UiTM bersama 35 orang peserta kesemuanya.
7.00pm - singgah makan sekejap kedai Tom Yam Waritha di Simpang Pulai. Simple jer..tomyam campur, ayam goreng kunyit dan telor dadar. air oren jug.
12.00 mid night - Pejabat Perhilitan Taman Negara Sungai Relau, Merapoh. Lewat sampai sebab bas ada masalah teknikal dan pemandu terkeliru jalan di Gua Musang dan Merapoh
2.00 am - Solat & tidur di bangsal yg disediakan selepas proses agihan barang diantara 3 kumpulan dan individu selesai. Tak boleh tidur lena, berulang alik ke tandas. Sakit perut...ni tomyam punya hal lah ni....
Naik 4X4 dari Pej Perhilitan Sungai Relau ke Kuala Juram
Pemeriksaan barang2 di Pejabat Perhilitan sebelum bertolak ke Kuala Juram
Day 2 (Sungai Juram - Kem Kor)
6.30am - Bangun tidur, solat dan bersihkan diri di bilik mandi yg disediakan.
7.00am - Sarapan nasi lemak. Sedap pulak sambal dia. kang makan lebih susah pulak nak membuang
8.30 am - bergerak ke pejabat perhilitan untuk pemeriksaan barang-barang dan sedikit taklimat dan berkenalan dengan 3 orang guide kami.
10.00am - selesai pemeriksaan barang dan bergerak ke Kuala Juram dengan 4X4 yang disediakan. Debaran bermula....
10.30am - sampai di Kuala Juram. Taklimat ringkas ketua guide, bacaan doa dan senaman ringan.
11.00 am - Mula bergerak mengikut group yang ditetapkan
12.30 am - Kem Kuala Luis (take 5)
1.30 pm - Kem Lata Luis. Rehat, Makan dan solat
5.00 pm - Tiba di Kem Kor. Set-up fly, mandi, masak, makan zzzzzz
(Jarak 13.5KM. Trek : Berbukit dan menyeberangi anak sungai 3 kali. Tahap kesukaran : Sederhana - mudah)
Day 3 (Kem Kor - Kem Botak)
6.30am - Bangun tidur, mandi, solat dan masak
7.30am - Sarapan dan berkemas
8.30am - mula bergerak
10.30am - Tiba di Kem Permatang (rehat)
2.30pm - Tiba ki kem Kubang (rehat, makan udah tak lalu, nap jap) Badan sudah rasa letih, bekalan air hampir habis. water source kena turun bukit 1km one way (baik tak payah)
4.00pm - Tiba di kem V, ada air, solat dan tadah air, baring. Penattt
6.00pm - Kem Belumut. hari hampir gelap teruskan perjalanan. disini cabaran bermula bila hari mulai gelap. Terasa sangat jauh dan memenatkan. Mental sudah koyak. Selut..tanah licin...akar kayu..pokok tumbang...duri-duri..bukit pacak...Takbirrrrr...Alahuakbar...
8.30pm - Tiba di Kem Bonsai....aduhai...letih...lapar...sempat tidur dan "pow" air coke En Zam.
9.30pm - Pelan2 gerak ke kem botak. Pokok renek, permukaan berbatu. Nampak lampu kepala orang depan dari jauh. Jalan sikit lepakkk...sikit lagi lepakkk lagi. sampai tertidur. Letih, dahaga, lapar, mental koyak. Nampak bintang di langit dan di kejauhan ada lampu berkelip-kelip. boleh jadi lampu dari resort di Tasik Kenyir.
10.30pm - Sampai Kem Botak. Pendaki yg sampai dulu dah siap pasang fly dan masak. Sampai, makan solat dan tidurrrr. Hahahaha....bukan mengelat tapi memang pewai betul (natijahnya lain kali plan betul2 untuk elakkan berjalan malam). Baru nak lelap, tetiba hujan turun dengan lebat...Pedulikan...zzzzzz
Kem Botak- Ready for descending
Di Puncak Gunung Tahan
Pemandangan di puncak. Kamera x boleh capture pemandangan/pengalaman dengan melihat dan merasai sendiri
Pemandangan puncak dari Kem Botak pada jam 9.30 pagi
Kena ada macam ni. Bukti!!! Hehehe...
Pokok2 renek, udara nyaman...macam kat Peak District, UK plakk..
Day 4 (Kem Botak - Puncak Gunung Tahan - Kem Kor)
6.00am - Bangun dan ready menuju puncak(tak mandi, air sikit sangat)
7.30am - Tiba di puncak setelah melalui jalan berbatu. Sejuk betul. Sib baik bawak glove.
8.30am - Setelah bergambar lebih kurang turun ke Kem Botak untuk bersarapan, berkemas dan bergerak turun ke Kem Kor.
9.30am - Bergerak turun dari Kem Botak
10.30am- tiba di kem Bonsai. Perjalanan turun laju sikit. hari ini target sampai ke Kem Kor sebelum hari gelap
12.00noon - Tiba di kem Belumut (berehat)
2.00pm - Tiba di kem V berehat lagi, ambil bekalan air di punca air berdekatan. makan sikit dan jalan
3.30pm - Tiba di kem kubang dalam kedaan hujan mulanya renyai kemudian menjadi lebat. jalan terus
4.30pm - Tiba di Kem Permatang (berehat lama sikit sebab anggaran boleh sampai ke Kem Kor sebelum senja. Sempat lena sat)
6.45pm - Yeyy...sampai di Kem Kor dan mandi2 di sungai sebelum pendaki lain sampai. Group terakhir tiba hampir jam 10pm. Makan dan zzzzz
(Jarak : 2.5KM, Trek : mendaki dan permukaan berbatu. Tahap kesukaran : Sederhana -mudah)
Kem V terletak diantara Kubang dan Kem Belumut. Tempat terbaik untuk berehat kerana ada punca air. Walaupun airnya alahai...kecikk jer. Ada pendaki yang sempat memasak lagi. Lapar kot.
Suasana di Kem Kor - Tapaknya luas, tepi sungai. jadi memang strategik untuk bermalam
En Wan Ghafar sedang menggoreng cekodok bilis. 65 tahun, tapi masih handal.
En Amin sedang memotong bawang untuk hidangan sarapan pagi
Suasana di Kem Kor - persiapan untuk turun ke Kuala Juram
Day 5 ( Kem Kor - Kuala Juram)
6.30am - bangun tidur, Mandi dan solat
7.00am - Sarapan dan berkemas untuk turun ke Kuala Juram. Istimewa makan nasi lauk sadin dan cucur kodok bilis En Wan.
9.00am - Bergerak turun
11.00am - Tiba di Lata Luis (berehat, berendam kaki dan minum teh)
12.30am - Tiba di Kuala Luis berehat lagi sambil lepak2 atas batang balak tumbang
2.00pm - Yahoooo...tiba di Kuala Juram. Mandi, solat dan bermain dengan ikan Kelah sambil menunggu pendaki lain tiba. Menikmati Gulai Masam Ikan Patin, sambal hitam, gulai lemak ayam dan ikan kering. Perghhhhh...tak cukupppp.
3.30pm - bergerak ke Pejabat Perhilitan Sg Relau dengan 4X4 untuk pemeriksaan barang oleh kakitangan perhilitan
5.00pm - bergerak pulang ke Seri Iskandar dengan bas UiTM
Ikan kelah yang jinak dan manja di Kuala Juram. Aktiviti sampingan sementara menunggu pendaki2 lain tiba.
Alhamdulillah....perjalanan sungguh lancar dan menyeronokkan. Ada kelapangan, teringin juga nak cuba laluan Merapoh - Gunung Tahan - Kuala Tahan. Kalau diberikan kesihatan tubuh badan dan Bos bagi cuti panjang sikit sekurangnya2 7 hari tu...
Berat badan ditimbang di klinik kesihatan Bota Kiri selepas ekspedisi ini adalah 101KG. Menurun sebanyak 3.5KG!!!
Demikianlah kisah yang sempat dicoretkan.....END
Berat badan ditimbang di klinik kesihatan Bota Kiri selepas ekspedisi ini adalah 101KG. Menurun sebanyak 3.5KG!!!
Demikianlah kisah yang sempat dicoretkan.....END
No comments:
Post a Comment